DASAR PENGGUNAAN INTERNET (Internet Acceptable Use Policy) SMK NYALAS,77100,ASAHAN;MELAKA SYARAT-SYARAT, PERATURAN DAN KEGUNAAN BAGI PELAJAR1. Pengenalan Tujuan utama kemudahan akses Internet adalah untuk pembelajaran.  2. Akses Internet  2.1. Semua  pelajar diberi kemudahan akses kepada sumber-sumber maklumat Internet.  Kemudahan akses ini ialah kemudahan istimewa yang diberi dan bukan hak  pelajar. 
2.2.  Pelajar, serta ibu/bapa/penjaga dikehendaki menandatangani perjanjian  pada awal tahun persekolahan sebelum akses dibenarkan. 
2.3.  Kebenaran daripada pihak sekolah mesti diperolehi sekiranya pelajar  ingin membina halaman web. Kandungan web ini mesti berkait dengan  sekolah dan/atau aktiviti- aktiviti pembelajaran, kokurikulum dan  persediaan kerjaya. 
2.4.  Pelajar hanya dibenarkan menyertai kelompok-kelompok perbincangan yang  relevan dengan perkembangan pembelajaran dan kerjaya. 
2.5.  Pelajar dikehendaki menyemak melnya dan memadamkan apa yang tdak  diperlukan lagi. Pelajar mestilah sentiasa mengawasi keadaan kuota  melnya. Penghantaran mel-mel berangkai tidak dibenarkan. 
2.6. Pelajar mesti mendapatkan kebenaran daripada guru penasihat sekiranya ingin ”download” sesuatu fail.