SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT AKSES SMK NYALAS

welcome

Pengenalan

Pengenalan

1. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep
    ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada
   pembelajaran. Ia merupakan satu ruang
   pembelajaran yang disediakan bagi
   membolehkan murid membuat pembelajaran
   kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan
   memilih sumber pembelajaran secara sendiri
   mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan
   akses kendiri.

2. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk
    sokongan kepada proses pengajaran dan
    pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah
    khasnya murid mendapatkan maklumat dan
    berkomunikasi melalui penggunaan teknologi
    maklumat.

3. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah
    boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh
    menggunakan kemudahan Pusat Akses
    Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru
    bertindak sebagai pemudah cara dengan
    membuat pemantauan dari semasa ke
    semasa.

4. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya
    pembelajaran murid yang pelbagai dan
    mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah
    pembentukan masyarakat celik maklumat dan
    berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang
    hayat.